Punca Bateri Macbook Kembung/Panas/Rosak | Repair Laptop Seri Kembangan

By okcsseri_wordpress In service No comments

Masalah bateri Macbook Kembung/Panas/Rosak sebenarnya berpunca daripada cara penggunaan Macbook tersebut.

Antara puncanya ;

1. Tidak mengecas Bateri Macbook sehingga penuh semasa mula-mula membelinya.

– Belum penuh bateri dah ON tengok youtube.

2. Kerap mengecas Bateri Macbook.

– Tengah tonton drama tiba-tiba bateri habis, cucuk Magsafe kemudian sambung tonton.

3. Guna Macbook sambil sedang mengecas bateri.

– Cucuk Magsafe sambil membuat tugasan sehingga bateri sudah 100% pun buat tak tahu.

4. Bateri Macbook terlebih charge (overcharging).

– Sementara charge Macbook, niat nak baring saja sekali terlelap sampai berjam-jam.

5. Guna Bateri Macbook yang tidak Original atau barangan Second Hand.

– Ketahanan serta kondisi bateri tidak bagus.

6. Guna Macbook diatas permukaan fabrik.

– Tengok cerita drama korea feeling habis sampai tak sedar panas yang melampau.

7. Meletakkan atau membiarkan Macbook di dalam kereta.

– Dalam perjalanan balik kampung, singgah lunch lalu membiarkan Macbook di dalam kereta.

Antara tips atau caranya penjagaan bateri ;

1. Cas bateri Macbook yang baru dibeli sehingga penuh.

Jangan membiarkan ia terlalu lama cas sehingga panas (overheating).

2. Jangan terlalu kerap mengecas Macbook.

Sekiranya bateri Macbook sudah memberi amaran bahawa Macbook perlu di cas, seeloknya berhenti daripada menggunakan laptop lalu segera shut down. Kemudian cucuk Magsafe supaya bateri Macbook dapat di cas tanpa gangguan sehingga penuh.

3. Elakkan daripada mengguna Macbook dalam keadaan Magsafe sedang disambungkan dalam waktu yang lama.

Ia dapat mengurangkan ketahan bateri tersebut untuk kekal tahan lama.

4. Jangan membiarkan bateri Macbook cas terlalu lama sehingga berjam-jam.

Ia boleh menyebabkan bateri menjadi panas dan rosak dengan mudah. Jika perkara sebegini dibiarkan, ia akan memendekkan lagi jangka hayat bateri tersebut kerana telah berlakunya trickle charging.Disamping itu, seeloknya segera mencabut Magsafe apabila Macbook 90% charging kerana setiap kali bateri di cas penuh 100%, maka ia akan dikira 1 kitaran (cycle count). Jika bateri sudah melebihi cycle count, bateri perlu digantikan dengan yang baru sebelum berlakunya kerosakkan pada komponen yang lainnya.

5. Jangan sesekali terdetik dihati ingin membeli dan menggunakan bateri Macbook yang tidak original atau second hand.

Harga yang murah sudah tentunya tiada kualiti dan ia juga boleh merosakkan Macbook kerana kita tidak mengetahui keadaan sebenar bateri walaupun kelihatan seperti bateri yang baru.Selain itu, kualiti Magsafe juga perlu dititikberatkan.

**Jangan menggunakan Magsafe yang tidak original dan tidak berkualiti tinggi kerana Magsafe tersebut akan menjejaskan keselamatan anda serta Macbook terutamanya bateri.

–>> Ada masalah laptop?
–>> Nak kami diagnos PERCUMA?
–>> Tercari-cari kedai REPAIR LAPTOP TAMAN SRI SERDANG?

Anda boleh hubungi OKCS SERI KEMBANGAN:-

Alamat Kedai:
OK Computer Solution Seri Kembangan
No.5-2, Jln 18/33A, Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.

Tingkat 1, atas kedai i Borong Mart, sebaris Restoran Al Majunas Nasi Kandar Pinang, bertentangan dengan Texas Chicken Taman Sri Serdang.
.
🚗 05 minit dari Universiti Putra Malaysia (UPM). (dekat sangat dengan UPM ni)
🚗 11 minit dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
🚗 15 minit dari The Mines Shopping Mall.
🚗 18 minit dari Sungai Besi.
🚗 18 minit dari AEON Taman Equine.
🚗 19 minit dari Kajang.
🚗 20 minit dari Putrajaya.
🚗 20 minit dari Pasar Borong Selangor.
🚗 21 minit dari Giant Seri kembangan.
🚗 22 minit dari Taman Puncak Jalil.
🚗 28 minit dari puchong.

Call : 019-628 9165
WhatsApp : https://okcs.wasap.my

Facebook : https://www.facebook.com/okcsserikembangan
Waze : OK Computer Solution Seri Kembangan