PENJAGAAN KEYBOARD LAPTOP AGAR TIDAK MUDAH ROSAK | Kedai Repair Komputer Seri Kembangan

By okcsseri_wordpress In service No comments

Artikel ini membincangkan tentang Penjagaan Keyboard Laptop Agar Tidak Mudah Rosak. Pada kali ini, OK Computer Solution ingin berkongsi bersama anda apakah cara penjagaan keyboard laptop supaya ia boleh kekal tahan lama dan juga tidak mudah rosak/ tidak boleh digunakan lagi.

PUNCA KEYBOARD LAPTOP ROSAK DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN

Terdapat banyak punca dan penyebab macam mana lah keyboard laptop boleh rosak dalam jangka masa yang tidak begitu lama. Antaranya ialah:

1. Terlalu ganas atau kasar

Keyboard laptop sangat sensitif jadi apabila anda menekan button keyboard dengan kasar atau ganas seolah anda sedang menaip menggunakan mesin taip sudah tentunya ia akan rosak dengan mudahnya.

Bermain permainan video game dengan menggunakan keyboard laptop turut boleh menyebabkan ia rosak dengan cepat kerana bermain video game melibatkan emosi secara tidak sengaja seseorang itu akan menekan button keyboard dengan ganas atau kasar.

2. Cecair tumpah pada keyboard Laptop

Air minuman atau sebarang cecair yang tumpah pada keyboard laptop boleh menyebabkan short circuit. Justeru itu, sisa makanan yang terjatuh pada keyboard juga boleh menyebabkan button keyboard tidak boleh digunakan lagi.

3. Laptop Overheating

Keadaan laptop yang terlalu panas juga boleh mengakibatkan kerosakkan pada keyboard kerana berlakunya pengedaran haba yang tidak baik seperti habuk pada kipas processor dan motherboard. Kebiasaannya ia berlaku pada laptop yang menggunakan AMD.

CARA UNTUK MENGELAKKAN KEROSAKKAN PADA KEYBOARD LAPTOP

Antara cara untuk mengelakkan kerosakkan pada keyboard Laptop :

  1. Kerap bersihkan keyboard setiap seminggu satu kali dengan menggunakan cecair khas untuk pembersihan keyboard agar kotoran atau habuk tidak terkumpul dengan banyak.
  2. Sediakan berus yang lembut untuk membersihkan ruang-ruang diantara satu button ke button yang lain. Selain itu, mini usb vacuum cleaner untuk menyedut habuk dan kotoran yang terdapat di celah-celah button keyboard laptop.
  3. Guna lah keyboard protector sebagai perlindungan keyboard kerana ia dapat menghalang segala habuk atau kotoran justeru ia juga mudah dibersihkan jadi apabila terlalu banyak habuk atau kotoran boleh dibersihkan sahaja.
  4. Elakkan daripada merokok, makan dan minum di hadapan laptop kerana risiko untuk air tumpah sangatlah mudah tambahan pula ia boleh menyebabkan motherboard laptop turut rosak. Makanan dan abu rokok pula boleh menyebabkan habuk masuk ke dalam celah-celah keyboard sehingga ia boleh rosak.
  5. Guna lah external keyboard atau joystick bagi mengelakkan button keyboard rosak akibat daripada permain tegar video game yang menekan button secara terus menerus dan berkali-kali bersama emosi yang tidak stabil.
  6. Pastikan tangan dalam keadaan bersih sebelum menggunakan laptop bagi mengelakkan kotoran masuk ke celah-celah keyboard laptop.

–>> Ada masalah laptop?
–>> Nak kami diagnos PERCUMA?
–>> Tercari-cari kedai REPAIR LAPTOP TAMAN SRI SERDANG?

Anda boleh hubungi OKCS SERI KEMBANGAN:-

Alamat Kedai:
OK Computer Solution Seri Kembangan
No.5-2, Jln 18/33A, Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.

Tingkat 1, atas kedai i Borong Mart, sebaris Restoran Al Majunas Nasi Kandar Pinang, bertentangan dengan Texas Chicken Taman Sri Serdang.
.
🚗 05 minit dari Universiti Putra Malaysia (UPM). (dekat sangat dengan UPM ni)
🚗 11 minit dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
🚗 15 minit dari The Mines Shopping Mall.
🚗 18 minit dari Sungai Besi.
🚗 18 minit dari AEON Taman Equine.
🚗 19 minit dari Kajang.
🚗 20 minit dari Putrajaya.
🚗 20 minit dari Pasar Borong Selangor.
🚗 21 minit dari Giant Seri kembangan.
🚗 22 minit dari Taman Puncak Jalil.
🚗 28 minit dari puchong.

Call : 019-628 9165
WhatsApp : https://okcs.wasap.my

Facebook : https://www.facebook.com/okcsserikembangan
Waze : OK Computer Solution Seri Kembangan