Bagaimana untuk mengetahui Hard Disk Rosak?

By okcsseri_wordpress In service No comments

Apakah itu dan Hard Disk ?

Hard Disk (HDD) atau cakera keras merupakan sebuah storan capaian rawak bersifat tidak meruap yangdigunakan untuk menyimpan data yang tersedia dalam sesebuah komputer. Ianya dapat menyimpan data lebih banyak jika dibandingkan dengan penyimpan data mudah alih seperti pendrive, CD-ROM dan sebagainya. Data yang disimpan dalam hard disk juga menggunakan prinsip kemagnetan dalam menjalankan operasinya. Sebab itu hard disk sangat sensitif dan mudah rosak jika ianya terjatuh, terhempas dan sebagainya.

Mengesan Hard Disk rosak

Hard disk juga mempunyai beberapa gejala yang dapat dikesan jika ianya rosak. Antara gejalanya seperti windows tersekat (hang), tak boleh nak masuk windows, blue screen, laptop anda jadi lembap walaupun dah format lebih dari seribu kali, walaupun dah upgrade RAM, hard disk anda terasa panas (boleh dirasakan pada sebelah bawah laptop dimana terletaknya hard disk) keluar bunyi pelik dan bising pada laptop dan terdapat cara lain untuk mengetahui hard disk masih boleh pakai atau pun tidak dengan menggunakkna software CrystalDisk contoh gamabar dibawah.

GOOD bermaksud Hard disk itu masih boleh dipakai dan tidak rosak.

CAUTION bermaksud hard disk itu masih boleh pakai tapi disarankn untuk tukar yang baru ataupun naik tarif kepada ssd

BAD bermaksud Hard Disk anda sudah rosak dan tidak boleh dipakai.

Tips penjagaan Hard disk

Antivirus

Apabila anda memuat turun program atau aplikasi di komputer anda, berhati-hati apabila memasang perisian dan pastikan ia dari sumber yang dipercayai. Berhati-hati untuk tidak memuat turun aplikasi yang besar secara berterusan memandangkan mereka memperlahankan pemacu keras. Berhati-hati tentang kemungkinan menjangkiti komputer anda dengan virus dan merosakkan keseluruhan sistem. Anda perlu melakukan install antivirus tidak kisah berbayar atau tidak. Seelok-eloknya berbayar. Sebab berbayar mempunyai ciri-ciri yang lebih bagus.

Buang program yang tidak digunakan.

Jadikan ia tabiat untuk memeriksa program yang dipasang pada cakera keras komputer anda. Adakah terdapat sebarang program yang tidak digunakan? Ia boleh menjadi perkara biasa untuk mempunyai program yang tidak digunakan untuk beberapa waktu. Lakukan pemeriksaan biasa untuk mana-mana program ini. Sebaik sahaja anda mengenal pasti aplikasi yang anda tidak mahu gunakan, hapuskannya untuk membebaskan ruang pada cakera keras anda dan menjadikannya lebih mudah untuk menavigasi komputer anda. Untuk mengalih keluar program, pergi ke β€œControl Panel.” Pilih dari senarai program dan klik kanan untuk memilih β€œUninstall dan change program.”

Lakukan defragment disk

Defragment disk berfungsi sebagai penyusunan data. Ia akan menyusun data-data yang bercelaru dan menjadikan harddisk anda menjalankan kerja dengan penuh lancar. Lakukan defragment disk sebulan sekali atau lebih kerap lebih baik.

Disk cleanup

Disk cleanup ia akan membuang segala fail-fail yang tidak digunakan. Disk cleanup perlu di lakukan dalam seminggu sekali. Sekiranya anda selalu mengakses ke sambungan internet ia akan membuatkan laptop atau komputer anda mempunyai fail yang tidak sepatutnya. Fail-fail ini mempunyai kegunaan data yang sedikit tetapi ia akan terkumpul banyak dan menggunakan banyak ruang pada harddisk anda.

Walaubagaimanapun, jika laptop anda mempunyai beberapa tanda seperti di atas, adalah dinasihatkan untuk membawa laptop anda ke kedai komputer atau bertanya pada yang pakar untuk pemeriksaan lebih lanjut. Kami di Ok Computer Solution sangat pakar dalam menyelesaikan semua masalah utama berkaitan hard disk.

–>> Ada masalah laptop?
–>> Nak kami diagnos PERCUMA?
–>> Tercari-cari kedai REPAIR LAPTOP TAMAN SRI SERDANG?

Anda boleh hubungi OKCS SERI KEMBANGAN:-

Alamat Kedai:
OK Computer Solution Seri Kembangan
No.5-2, Jln 18/33A, Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.

Tingkat 1, atas kedai i Borong Mart, sebaris Restoran Al Majunas Nasi Kandar Pinang, bertentangan dengan Texas Chicken Taman Sri Serdang.
.
πŸš— 05 minit dari Universiti Putra Malaysia (UPM). (dekat sangat dengan UPM ni)
πŸš— 11 minit dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
πŸš— 15 minit dari The Mines Shopping Mall.
πŸš— 18 minit dari Sungai Besi.
πŸš— 18 minit dari AEON Taman Equine.
πŸš— 19 minit dari Kajang.
πŸš— 20 minit dari Putrajaya.
πŸš— 20 minit dari Pasar Borong Selangor.
πŸš— 21 minit dari Giant Seri kembangan.
πŸš— 22 minit dari Taman Puncak Jalil.
πŸš— 28 minit dari puchong.

Call : 019-628 9165
WhatsApp : https://okcs.wasap.my

Facebook : https://www.facebook.com/okcsserikembangan
Waze : OK Computer Solution Seri Kembangan