[Pengetahuan] Mengenali RAM.

By okcsseri_wordpress In service No comments

Apa Itu RAM?

  • RAM ialah singkatan kepada Random Access Memory
  • Berfungsi sebagai penyimpan memory sementara sebelum disimpan kedalam hard disk.
  • Membantu Penggunaan Multitasking Dalam Komputer

Jenis – jenis RAM.

  • Setiap motherboard yang tedapat pada komputer dan laptop mempunyai slot bagi RAM. Tapi jangan pandang remeh pada slot RAM tersebut kerana slot RAM’nya hanya boleh dimasukkan dengan RAM yang sama jenis dengannya.
  • Pada masa kini , sudah terdapat 5 jenis RAM yang digunakan bagi komputer dan laptop iaitu :
  • DDR1                                  – DDR3                           – DDR5
  • DDR2                                  – DDR4
  • Kebanyakkan komputer dan laptop masa kini mengunakan RAM jenis DDR4 dan DDR5 atas kerana DDR3 dan kebawah lebih perlahan dari mereka.

Mengetahui cara untuk memilih jenis RAM yang sesuai.

  • Apabila kita hendak membeli RAM yang baru untuk menganti atau menambah bilangan RAM, kita perlu tahu terlebih dahulu jenis RAM yang digunakan oleh komputer dan laptop untuk memastikan kita tidak membeli jenis RAM yang salah.
  • Untuk mengenalpasti jenis RAM yang digunakan, kita boleh periksa jenis RAM pada sticker yang berada pada RAM atau periksa jenis kaki bagi yang mahir.
  • Sesetengah sticker RAM memberi maklumat tentang jenis RAM yang digunakan dengan menulis jenis DDR tersebut. Jangan risau jika iya hanya menyatakan PC sahaja kerana iya hanya menukar ayat DDR kepada PC. Sama sahaja seperti bacaan DDR, iya tersusun dari 1 hingga 5. Sebagai contoh PC4 besamaan dengan DDR4.
  • Bagi sesetengah DDR, terdapat juga perbezaan bagi mereka iaitu DDR biasa dan DDR L. Bagi DDR biasa selalunya ditulis DDR4 sahaja manakala DDR L akan ditulis DDR4L.

Apakah perbezaannya?

  • DDR L beroperasi lebih perlahan berbanding DDR biasa kerana DDR L mempunya voltan yang lebih rendah berbanding DDR biasa sebagai contoh DDR3 mempunyai nilai voltan sehingga 1.5V manakala DDR3L hanya mempunyai nilai voltan sehingga 1.35V sahaja. Ini menyebabkan DDR3L akan beroperasi lebih perlahan berbanding DDR3 atas kerana voltan yang perlahan bagi menguasakan RAM tersebut.

Menambah RAM kepada komputer dan RAM

  • Selalunya kita lihat kapasiti RAM yang tidak mencukupi menyebabkan komputer kita beroperasi dengan perlahan.
  •  Ini menyebabkan kita untuk menambah lagi kapasiti RAM dengan menukar atau menambah lagi RAM.
  •  Bagi masalah menambah RAM, kita perlu memeriksa juga slot yang terdapat pada motherboard.
  • Sesetengah motherboard hanya memiliki 1 sahaja slot RAM.
  •  Ini mengakibatkan kita hanya boleh menukar RAM sahaja.
  •  Selalunya komputer atau laptop berjenama baharu memiliki lebih dari 1 slot.
  •  Kebanyakkan motherboard yang memiliki 1 slot motherboard adalah dari komputer dan laptop yang lama.

Cara Menanggalkan RAM.

  • Apabila hendak menanggalkan RAM, terdapat cara untuk melakukannya agar RAM tersebut tidak rosak apabila ditanggalkan dari motherboard.
  • Untuk menanggalkan RAM dari komputer, tekan pada lock clip yang berada pada bahagian kiri dan kanan slot RAM dan tarik keluar RAM dari slotnya.
  • Bagi menanggalkan RAM dari laptop, Tarik lock clip pada kedua- dua belah slot RAM dan tarik keluar RAM dari slotnya. Pastikan RAM terangkat dari slotnya sebelum menariknya keluar.

Cara pemasangan RAM.

  • Apabila hendak memasang RAM, terdapat cara untuk melakukannya agar RAM berada dalam keadaan baik. Ini kerana pemasangan RAM yang tidak betul akan menjejaskan prestasinya yang menyebabkan RAM patah, rosak dan sebagainya.
  • Untuk memasang RAM pada komputer, pastikan kedudukan RAM dalam keadaan yang sama pada slot RAM.
  • Apabila selesai memastikan RAM dalam kedudukan yang betul, tekan pada kedua – dua bucu RAM untuk memastikan RAM dimasukan secara lurus dan teratur.
  • Bagi memasang RAM laptop pula, pastikan kedudukan RAM dalam keadaan yang sama dengan slot RAM.
  • Tekan pada bahagian hujung RAM sehingga iya berbunyi klik pada klip RAM slot.

Kesimpulannya, pemilihan RAM adalah sangat penting kerana iya boleh menjejaskan prestasi komputer dan laptop kita jika cara pengendaliannya tidak berhati-hati yang menyebabkan banyak masalah komputer akan berlaku seperti komputer tidak dapat dihidupkan.

Anda boleh hubungi OKCS SERI KEMBANGAN:-

Alamat Kedai:
OK Computer Solution Seri Kembangan
No.5-2, Jln 18/33A, Taman Sri Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.

Tingkat 1, atas kedai i Borong Mart, sebaris Restoran Al Majunas Nasi Kandar Pinang, bertentangan dengan Texas Chicken Taman Sri Serdang.
.
🚗 05 minit dari Universiti Putra Malaysia (UPM). (dekat sangat dengan UPM ni)
🚗 11 minit dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).
🚗 15 minit dari The Mines Shopping Mall.
🚗 18 minit dari Sungai Besi.
🚗 18 minit dari AEON Taman Equine.
🚗 19 minit dari Kajang.
🚗 20 minit dari Putrajaya.
🚗 20 minit dari Pasar Borong Selangor.
🚗 21 minit dari Giant Seri kembangan.
🚗 22 minit dari Taman Puncak Jalil.
🚗 28 minit dari puchong.

Call : 019-628 9165
WhatsApp : https://okcs.wasap.my

Facebook : https://www.facebook.com/okcsserikembangan
Waze : OK Computer Solution Seri Kembangan