IMAC BERMASALAH AUTOSHUTDOWN AKIBAT TAK SERVIS BERKALA

By okcsseri_wordpress In Uncategorized No comments

OKCS Damansara Perdana dikunjungi oleh seorang pelanggan. Beliau mempunyai Apple iMac yang sudah lama digunakan. Namun begitu, iMac beliau tidak dapat berfungsi seperti biasa. Beliau sangat kecewa kerana iMac tersebut adalah hasil pemberian ibunya sempena kecemerlangan yang diperolehi pada SPM yang lepas. iMac itu jugalah yang digunakan untuk menyiapkan tugasan yang diberi pensyarah di universitinya.

Technician kami melakukan pemeriksaan kesuluruhan dan mendapati terlalu banyak habuk didalam iMac tersebut. Jika dibiarkan, komponen – komponen boleh rosak dibuatnya. Contohnya, kipas. Dalam kehidupan sebenar kita, kipas digunakan untuk menyejukkan kita tatkala suhu dunia yang semakin meningkat ni. Tiada kipas? Mandi peluh la jawabnya. Kalau ada kipas pun, tapi dipenuhi habuk. Agak-agak sejuk ke? Lepas cuci kipas panas lagi ke?? Sama la seperti komputer. Kipas berhabuk macam mana dia nak sejuk.

Technician kami pun melakukan servis secara berhati-hati. Servis nak buang habuk ni jangan cuba-cuba cuci macam sapu sawang pulak. Kena perlahan-lahan dan hati-hati kerana komponen-komponen didalam komputer amatlah sensitif. Kipas juga ditukar kepada yang baru. Tempoh servis + penukaran kipas ambil masa yang singkat sahaja. Tapi dengan lambakan pelanggan, kami perlulah menyelesaikan masalah-masalah mereka yang datang awal terlebih dahulu.

Akhirnya, pelanggan kami sangat gembira kerana komputer pemberian emaknya masih dihidupkan. Hadiah orang tersayang bagi, siapa la yang tak sayang kan? Beliau juga lega kerana selepas ini senanglah nak buat tugasan yang pensyarah bagi. Katanya segan nak pinjam laptop kawan lama-lama. Rosak nanti, bertambahlah masalah. Terima kasih, kerna mempercayai servis ddari OKCS.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA

TEKAN GAMBAR DI BAWAH UNTUK

TERUS WASAP SAYA