Info-Info Yang Membantu Anda Membuat Pilihan ‘Processor’ Intel Untuk PC Dan Laptop

By okcsseri_wordpress In Uncategorized No comments
Adakah anda sedang mencari PC ataupun laptop baru? Sering keliru pilihan processor Intel yang ada dipasaran? Semakin keliru dengan kewujudan ‘processor‘ yang diberi nama i3, i5 dan i7?
Berikut adalah 7 info yang akan membantu anda membuat pilihan yang tepat berdasarkan prestasi dan harga yang anda mahu lakukan dengan bakal PC dan laptop baru anda.
Info 1 – Nombor
  • Lagi tinggi nombor dalam pilihan i3/i5/i7, lagi hebat prestasi processor tersebut. Ini bermakna prestasi i7 lagi hebat daripada i5, dan i5 lagi hebat daripada i3

Info 2 – Bilangan ‘Core
  • Lagi banyak core, lagi bagus untuk prestasi kerana lebih banyak pembahagian tugasan boleh dilakukan oleh processor tersebut. Contoh 2 core, boleh melakukan 2 kerja dalam satu masa. 4 core boleh melakukan 4 kerja dalam satu masa. No 3, 5 dan 7  bukan menunjukkan bilangan core yang ada. Anda perlu bertanya kepada penjual untuk mendapatkan info core yang ada pada processor tersebut.
Info 3 – ‘Cache
  • Cache adalah ruang menyimpan data yang sering digunakan oleh processor dan ia diletakkan di dalam processor tersebut. Daripada menyimpan data yang kerap diguna ke dalam RAM ataupun hardisk dimana lokasi mereka lebih jauh daripada processor, cache akan membantu untuk mempercepatkan akses data ke maklumat tersebut kerana lokasinya sangat berdekatan dengan processor. Lagi besar ruang cache, prestasi akan lagi bagus
Info 4 – Teknologi ‘Turbo Boost
  • Teknologi ini adalah kebolehan processor tersebut menukar kelajuan clockprocessor untuk melakukan sesuatu tugas tertentu. Contoh apabila processorada tugasan yang banyak, ia akan menambah kelajuan processor agar tugas tersebut dapat diselesaikan lebih cepat. Processor dengan teknologi Turbo Boost, prestasinya akan lebih bagus
Info 5 – Teknologi ‘Hyper Treading
  • Fungsinya hampir sama dengan ‘Info2 – Bilangan Core‘. Walaubagaimanapun, teknologi ini memiliki kebolehan yang lebih istimewa. Selalunya 1 core = 1 tugas, namun dengan teknologi ini processor tersebut berkebolehan untuk 1 core = 2 tugas. Processor dengan teknologi ‘Hyper Trading‘, prestasinya akan lebih bagus.
Info 6 – Generasi Processor
  • Hampir setiap tahun, Intel akan mengeluarkan rekaan yang baru bagi setiap processor. Setiap generasi, Intel akan memperbaiki rekaan mereka untuk lebih baik daripada generasi sebelumnya. Tanyakan kepada penjual generasi processor yang ada pada PC dan laptop yang anda ingin beli. Processor dengan generasi terbaru, prestasinya akan lebih bagus.
Info 7 – Harga
  • Sudah pasti processor yang menawarkan prestasi yang lebih bagus akan mempunyai harga yang lebih mahal. Iika processor yang anda ingin miliki kesemua ciri yang terbaik untuk Info 1-6 yang dinyatakan di atas, sudah pasti ia adalah yang paling mahal.
Apa yang paling penting yang anda tahu tugas apa yang anda perlukan sebelum membeli PC dan laptop baru anda. Jika ia tugasan yang normal seperti melayari internet dan kerja-kerja ringan, anda tidak memerlukan keupayaan processor yang lebih berkuasa berbanding dengan mereka yang kerap bermain game, terlibat dengan rekaan grafik mahupun yang suka melakukan pelbagai kerja dalam satu masa.
Moga info ini akan membantu anda untuk membuat pilihan processor PC dan laptop yang terbaik. Ada pelbagai kategori lain yang perlu anda tahu seperti jumlah RAM, size hardisk dan lain-lain untuk melengkapi pilihan PC dan laptop dengan prestasi yang anda mahu.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA

Tekan Gambar Di Bawah Untuk 
Terus Wasap Saya