PROSESSOR

By okcsseri_wordpress In Uncategorized No comments

Prosessor (Processor)
Unit Pemprosessan Pusat atau biasanya dipanggil Prosessor (Central Processing Unit ‘CPU’) merupakan sebuah unit yang menjalankan sebuah set arahan asas untuk sesebuah komputer..” ini adalah terma mengikut buku teks yang tertulis, tetapi saya disini hendak menerangkan secara pendapat 10sen saya apakah fungsi prosessor.
cropped-bck.jpg
Prosessor merupakan nadi kepada komputer dimana setiap data yang diproses akan bergerak daripada satu perkakasan keperkakasan yang lain seperti HDD ke RAM, RAM ke Graphic Card, DVD drive ke HDD dan pelbagai lagi perkakasan. Erti kata lain ia adalah jantung komputer yang menjadi “Highway” kepada data.
Prosessor juga terbahagi kepada beberapa jenis, setiap satu daripadanya mempunyai ciri ciri yang tersendiri dan fungsi yang tersendiri. Sebagai contoh disini saya mengambil sampel Prosessor Intel. dengan sedikit perbezaan pada nombor model prosessor ini tidak bermaksud spesifikasinya sama, ini kerana setiap satu darinya adalah berbeza dari setiap prestasinya sendiri.
4770Line
i7 4770K
4770k
Seperti yang anda lihat jadual diatas. Prosessor i7 4770K spesifikasinya ditulis “UNLOCK” bermaksud prosessor ini boleh disetkan “overclock”. Overclock merupakan setting untuk meningkatkan lagi keupayaan sesebuah perkakasan melebihi daripada yang sepatutnya, jika settingnya tidak padan ia akan merosakkan perkakasan anda, kerja kerja overclock ini sepatutnya dibuat oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang itu.
i7 4770T
4770T
Manakala spesifikasi prosessor i7 4770T pula lebih kepada penjimatan elektrik tetapi frekuensinya lebih rendah berbanding 4770K. Ini kerana ia mempunyai Thermal Design Power atau dikenali sebagai TDP yang sangat rendah. Setiap prosessor yang sedang berfungsi akan menghasilkan haba mengikut penggunaan elektriknya yang tersendiri, apabila penggunaan prosessor kurang maka haba yang dihasilkan juga kurang dan sebaliknya apabila prosessor berfungsi sepenuhnya. Haba yang terhasil ini yang dipanggil TDP.
i7 4770S
4770s
Prosessor i7 4770S pula merupakan prosessor yang seimbang prestasinya, jika anda lihat jadual di atas frekuensinya kurang sedikit berbanding 4770K dan lebih tinggi daripada 4770T, akan tetapi penggunaan elektriknya adalah lebih seimbang dengan keperluan pengguna dan ia mempunyai teknologi v-pro iaitu teknologi penjimatan elektrik. Maka inilah yang dimaksudkan dengan prestasi seimbang dimana frekuensinya tidak terlalu lambat dan penggunaan elektriknya tidak terlalu tinggi.
Disini kita mendapati bahawa sekiranya kelajuan prosessor itu lebih laju ataupun frekuensinya tinggi maka penggunaan elektriknya lebih tinggi dan TDP yang dihasilkan juga tinggi.
Kini terdapat prosessor yang mempunyai Unit Pemprosesan Grafik (GPU) didalamnya bagi bertujuan untuk mengurangkan lagi kos untuk membina sebuah komputer asas bagi kegunaan rumah atau pejabat tanpa perlu membeli papan grafik atau papan induk yang tersedia GPU nya.
sumber -> LINK
BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA

Tekan Gambar Di Bawah Untuk 
Terus Wasap Saya