PEMACU SIMPANAN DATA (DATA STORAGE DEVICE)

By okcsseri_wordpress In Uncategorized No comments
Adakah anda tahu segala gambar, musik, video, dokumen dan macam – macam lagi data disimpan didalam HDD..?


Pemacu Cakera Keras atau dikenali sebagai ‘Hard Disk Drive (HDD)’ ia merupakan sebuah media yang mampu menyimpan data dengan banyak untuk satu jangka masa yang lama.
tradisi
HDD ini dipanggil tradisional, ini kerana ia masih menggunakan cakera yang sentiasa bergerak sebagai media untuk menyimpan data, kadar capaian datanya pula tidak beberapa memuaskan dan menyebabkan kadar respon yang terhad.
Floppy Disk (Floppy), Compact Disk (CD), Digital Versatile Disk (DVD), Blueray Disk (BD) dan yang seangkatan denganya merupakan salah satu jenis media yang menyimpan data, setiap satu daripadanya mempunyai kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri.
Dengan peredaran zaman yang makin canggih, kini telah makin banyak perkakasan dan peranti yang mampu menyimpan data dengan lebih banyak untuk pelbagai alatan dan peranti.
Flash Drive
Biasa lihat peranti diatas..? ia merupakan sebuah peranti flash drive dimana fungsinya hampir sama dengan HDD, ia mempunyai kapasiti untuk menyimpan data yang lebih rendah jika hendak dibandingkan dengan HDD, tetapi ia lebih effisyen untuk pengguna memindahkan sesuatu data atau berkongsi data dengan komputer lain dengan lebih pantas berbanding HDD dimana kegunaannya sebagai perkakasan dalaman komputer, ia adalah sangat tidak sesuai untuk dibawa kemana – mana kerana HDD merupakan perkakasan yang sangat sensitif kepada goncangan atau gegaran berbanding peranti flash drive.
ssd
Kini telah wujud suatu perkakasan baru yang fungsinya sama seperti HDD, tetapi prestasi kelajuannya jauh lebih baik dengan pemindahan data yang lebih pantas, ia dipanggil ‘Solid-State Drive(SSD)’ jika di ‘bahasa melayu’ kan ia menjadi Pemacu Keadaan Pepejal…. tak tau lah apa nama yang sebenarnya sebab ia merupakan teknologi yang masih baru di Malaysia. Akan tetapi, disebabkan kelajuan kadar pemindahan data yang pantas, kapasiti untuk menyimpan data direndahkan dengan kadar yang sangat ketara.
sumber – LINK
BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA

Tekan Gambar Di Bawah Untuk 
Terus Wasap Saya