PAPAN INDUK (MOTHERBOARD)

By okcsseri_wordpress In Uncategorized No comments

Papan Induk (Mother Board/Main Board)
Papan induk atau dikenali sebagai Motherboard/Mainboard, ia adalah perkakasan asas dalam setiap komputer, peranannya adalah untuk membekalkan kuasa kepada semua perkakasan dan juga menghubungkan antara satu sama lain. Disini saya tidak dapat menafikan peranan papan induk yang telah diberikan oleh buku teks, ini kerana ia memang sangat padan dengan apa yang saya faham.
platform-intro
Seperti yang anda lihat pada gambar diatas, apabila sesebuah papan induk itu dipasangkan dengan perkakasan seperti, prosessor, penyejuk, ram, papan grafik dan boleh dipadankan dengan pelbagai lagi perkakasan untuk komputer. Sebagai mana prosessor, papan induk juga perlu diberi perhatian sebelum memilih papan induk yang sesuai dengan kehendak anda.
Gaming MoBo
Gambar diatas merupakan sebuah papan induk yang direka untuk kegunaan “Gamers”, punca ia direka untuk mereka adalah disebabkan prestasi yang diberikan oleh papan induk itu melebihi daripada penggunaan yang biasa dipakai di pejabat atau kegunaan rumah. Sebagai contoh jika anda lihat pada slot melintang berwarna hijau, ia dikenali sebagai slot Peripheral Component Interconnect express (PCIe) dimana ia biasanya digunakan untuk papan grafik yang berkuasa tinggi untuk menjalankan permainan yang memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi, lebih-lebih lagi papan induk ini boleh memuatkan dua papan grafik serentak yang meningkatkan keupayaan pemprosesan grafik secara drastik, manakala kadar kapasiti maksimum RAM biasanya lebih tinggi untuk kelancaran sesuatu program atau permainan. Berikut merupakan antara salah satu permainan yang memerlukan spesifikasi komputer yang tinggi…
Pada kebiasaannya harga untuk sesebuah papan induk “Gamers” adalah lebih mahal daripada biasa.
Basic MoBo
Papan Induk ini merupakan yang paling asas spesifikasinya, ini kerana ia hanya mampu menampung spesifikasi yang rendah contohnya ia mempunyai satu slot PCIe dan kapasiti maksimum untuk RAM sebanyak 4GB sahaja tidak seperti papan induk “Gamers” yang boleh mencecah sehingga 32GB RAM dan lebih tinggi. Biasanya papan induk ini digunakan untuk pejabat atau dirumah kerana harga yang mampu dimiliki dan penggunaan yang tidak terlalu ketara seperti “Gamers”.
sumber – LINK 
BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA

Tekan Gambar Di Bawah Untuk 
Terus Wasap Saya