MEMORI AKSESAN RAWAK (RANDOM ACCESS MEMORY ‘RAM’)

By okcsseri_wordpress In Uncategorized No comments

Memori Aksesan Rawak (Random Access Memory ‘RAM’) adalah penting untuk sesuatu operasi yang sedang dijalankan.
RAM..? kenapa ram ini penting bagi komputer..?


Ram merupakan perkakasan yang membenarkan data yang telah dimuatkan kedalamnya diakses dan diubah dengan kelajuan 60 nanosaat iaitu hampir sertamerta walau dimanapun data itu berada didalamnya, oleh itu ia dipanggil Memori Aksesan Rawak. Semakin tinggi kapasiti RAM maka makin banyak data yang boleh dimuatkan kedalamnya dan melancarkan lagi sesuatu program yang sedang diproses. Akan tetapi untuk memilih ram yang betul adalah penting, ini kerana sekiranya anda telah memilih ram yang kapasitinya lebih besar daripada apa yang boleh ditampung oleh papan induk ataupun sistem operasi ia akan mengakibatkan kapasitinya dihadkan dan menjadi lebih rendah daripada yang sepatutnya.
ddr compare
Ram DDR atau pun Double Data Rate Synchronous Dynamic Random-Access Memory (DDR SDRAM).
Merujuk pada gambar diatas ialah perbezaan fizikal jenis ram DDR1, DDR2 dan DDR3. Disini secara fizikalnya ram ini tidak mempunyai perbezaan yang banyak, akan tetapi dari segi prestasinya sangat berbeza.
ddr1
Ram DDR1 dengan frekuensi berkelajuan 200MHz sehingga 400MHz.
ddr2
Ram DDR2 dengan frekuensi berkelajuan 400MHz sehingga 1066MHz.
ddr3
Ram DDR3 dengan frekuensi berkelajuan 800MHz sehingga 2133MHz.
Dengan mengikut kelajuan frekuensi ram yang tertentu pada papan induk dan jumlah keseluruhan kapasiti yang mampu ditampung, barulah pemilihan ram yang sesuai akan ditentukan untuk mendapatkan prestasi yang optimum bagi sesuatu sistem komputer.
Sekiranya ram yang dipasang pada papan induk tidak serasi atau tidak sesuai dengan spesifikasi yang diminta oleh papan induk, maka ia akan menyebabkan ram tidak dapat digunakan secara optimum dan kemungkinan besar mengakibatkan kerosakan fizikal kekal pada ram atau papan induk itu sendiri seperti dibawah.
broken ram
Akibat daripada ke tidak serasian ram dengan papan induk, si pemasang menggunakan kekerasan untuk memaksa pemasangan ram itu.
sumber – LINK
BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI SAYA

Tekan Gambar Di Bawah Untuk 
Terus Wasap Saya