MACBOOK PRO 13 WIFI PROBLEM – NO INTERNET CONNECTION

By okcsseri_wordpress In Uncategorized No comments

Baru-baru ni ada seorang pemilik perniagaan “catering” datang ke OK COMPUTER SOLUTION cawangan TAIPING mengadu tentang laptopnya yang kadang-kadang WIFI LOST CONNECTION. serabut dengan email dari pelanggan yang belum di reply, beliau mendapatkan bantuan dari kami.

ikon wifi dan bluetooth menunjukkan ada masalah


Model Macbook Pro 13 memang terkenal dan selalu dilanda masalah ini, lebih-lebih lagi yang tidak pernah servis. 


Mujur beliau segera hantar kepada kami, setelah technician profesional kami membuat FULL checking . kami mendapati wifi/bluetooth dan cable ribbon wifi telah rosak disebabkan oleh OVERHEAT. 
inilah cable ribbon wifi yang rosak dan akan digantikan dengan yang baru



Beliau memang sangat bertuah kerana jika beliau lambat hantar kepada kami mungkin banyak lagi komponen yang akan rosak TERUTAMA MOTHERBOARD yang sudah tentu menelan belanja hampir RIBUAN ringgit.

Jadi solusi yang kami cadangkan kepada beliau adalah dengan menukarkan wifi airport dan cable wifi yang baru. Proses pemasangan hanya memakan masa selama 30 minit sahaja.

Alhamdulillah. Macbook dah OK seperti sediakala



Apa yang cukup menggembirakan beliau adalah segala kerja yang tertangguh dapat beliau selesaikan seperti membalas email pelanggan yang dihantar. Selain daripada proses pemasangan yang cepat, beliau juga sangat berpuas hati dengan KUALITI KERJA kami. 

Apa-apa pun sebelum kami serahkan macbook kepada setiap pelanggan, kami akan membuat 20 checklist laptop secara PERCUMA.