REPAIR : Lenovo ThinkPad X100e – Display problem

By okcsseri_wordpress In Uncategorized No comments

LENOVO THINKPAD X100E REPAIR

Masalah

Masalah paparan (display problem)

merangkumi masalah dibawah

  • terlihatnya garisan menegak di paparan(Vertical line problem)
  • terlihatnya garisan melintang di paparan (Horizontal line problem)
  • paparan warna menjadi pecah-pecah (Color pixel problem)
  • Tiada paparan (No display)

Punca Masalah

Punca masalah ini terjadi adalah disebabkan oleh kepanasan terlampau pada grafik chipset (overheat).

Overheat pula berpunca dari kipas yang sangat mudah memerangkap habuk. Apabila habuk semakin tebal , maka sistem penyejukan menjadi tidak efisien lalu memusnahkan chipset penting pada motherboard.

 Bila ini terjadi, chipset yang rentung atau terbakar tidak lagi berfungsi lalu menyebabkan laptop rosak.

Selepas repair



Terima kasih kami ucapkan kepada Tuan Azman.

Masalah sebenar yang dihadapi oleh Tuan Azman ialah laptop beliau mengalami masalah tiada paparan.

Tuan Azman terjumpa iklan kami di FB dan terus menelefon kami untuk repair laptop. Dalam tempoh diagnosis, kami dapati laptop Tuan Azman overheat, dan habuk memenuhi ruang pengudaraan, malah thermal paste juga telah kering.

Alhamdulillah, laptop Tuan Azman berjaya dibaiki dan elok seperti biasa, Tuan Azman berasa sangat gembira dapat guna kembali laptopnya.