REPAIR SCREEN COMPAQ CQ20-213TU | OKCS SERI KEMBANGAN

By OK Computer Solution Seri Kembangan In compaq cq20-213tu, screen No comments

REPAIR SCREEN COMPAQ CQ20-213TU – SEKITAR SERI KEMBANGAN – PUTRAJAYA – PUCHONG -SERDANG

Pelanggan kami, Tuan Syazlee telah menghantar laptop Compaq CQ20-213TU miliknya ke kedai kami OKCS Seri Kembangan kerana mengalami masalah tiada paparan di skrin (NO DISPLAY).

Biasanya masalah tiada paparan ini melibatkan motherboard, tetapi berbeza dengan laptop Tuan Syazlee ini, langkah pertama yang technicain kami lakukan adalah dengan memeriksa RAM, setelah bersihkan RAM, laptop tersebut masih lagi tiada paparan.
Seterusnya, technician kami memeriksa menggunakan skrin monitor, ianya membuahkan hasil. Ada paparan di skrin monitor. Jika masalah ini terjadi ada 3 ada tiga perkara yang technician kami perlu periksa iaitu :
1. Skrin LCD
2. Inverter
3. LCD Cable
Setelah semua perkara diatas diperiksa, technician kami menjumpai puncanya. Punca masalah tiada paparan adalah berpunca daripada skrin. Laptop Compaq CQ20-213TU menggunakan skrin 12.1 inch LCD, dan skrin ini amat sukar dijumpai kerana saiznya yang tidak banyak di pasaran.

Jadi kami memaklumkan kepada Tuan Syazlee bahawa laptopnya mengalami masalah skrin dan perlu digantikan dengan yang baru. Tuan Syazlee bersetuju untuk mengantikan skrin laptopnya dengan yang baru. Kami mengambil masa 30 minit untuk menukar skrin ini, kerana keadaan frame yang agak lama, bimbang jika perkara yang tidak diingini berlaku, kami membuatnya dengan berhati-hati.

Setelah siap pemasangan skrin laptop Tuan Syazlee, kami melakukan 20 checklist untuk memeriksa semua device dan memastikan semua device berfungsi dengan baik. Laptop Compaq Cq20-213TU milik Tuan Syazlee berfungsi dengan baik.

BAGAIMANA UNTUK MENGHUBUNGI KAMI?


Bagi yang berada di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor

Atau yang berada di SERI KEMBANGAN

📲Whatsapp direct guna link ni >>>   www.wasap.my/60199169165

📲Saya akan utamakan anda yang wasap direct saya

📱Hotline :  0199169165

Penulis
Mohd Razif Ja’afar